Wednesday, March 28, 2012

Ujian Dalam Perjuangan

Salam Perjuangan,

Rasanya sudah lama tidak menulis di sebabkan kekangan tertentu tapi itu bukan alasan sebenarnya. Menulis perlu kepada ide dan kadang2 apa yang ingin di luahkan tidak dapat di ketuk untuk menjadi ayat.....hatta saya memang sukar untuk meluahkan perasaan.
Baru2 ini dengan izin Allah swt, saya di terima lagi sebagai Ahli Majlis selepas hampir 4 tahun berkhidmat. Tidak pasti adakah masih mampu lagi memikul amanah ini yang semakin hari semakin berat memandangkan PRU semakin hampir...
Ya Allah, berilah hamba mu ini kekuatan utk terus memikul amanah ini dgn sebaik nya. Peliharalah hambamu ini dari membuat keputusan yg zalim.Jauhilah hambamu ini dari sifat malas, hasad, dengki iri hati dan dendam. Ikhlaskan hamba mu ini dalam perjuangan ini. Semuga hamba mu ini sentiasa istiqomah dalam semua perbuatan yg baik....Amin...

Friday, May 6, 2011

Muktamar

Salam Perjuangan,
Saya menerima panggilan telefon yang sangat memeranjatkan saya pagi ini drp seorang sahabat yg menyatakan nama saya ada dalam senarai pencalunan sebagai AJK Dewan Muslimat Negari.Muktamar tahun ini ada pemilihan, itu memang saya sedia maklum tetapi pencalunan saya itu memang memeranjatkan. Apa tidaknya, kawasan saya sendiri tidak pernah mencalunkan muslimat kami dari Sepang, bagaimana mungkin ada muslimat dari kawasan lain pula yg memberi kepercaya kpd saya.
Kemudian saya di hubungi secara resmi tentang pencalunan. Utk di senarai dalam pemilihan, tiap2 calun perlu sekurang2 2 pencalunan dari kawasan. Saya tanya urusetia yg menghubungi saya sekiranya tidak salah, saya ingin tahu berapa kawasan yg mencalunkan saya. Dia jawab...banyak...11...tak tak tapi 12.
Masyallah!!! saya beristigfar juga beberapa kali. Walaupun saya terima pencalunan ini, saya tetap berdoa agar Allah swt beri yg baik untuk saya....menang atau pun tidak.
"Ya Allah, hanya Kau yg tahu apa yg tersurat dan tersirat, maka jauhkanlah jawatan ini sekiranya tidak elok utk ku" AMIN...

Thursday, March 3, 2011

TAHUN 2011

Salam Perjuangan,
Sudah 3 bulan berlalu dalam tahun 2011 ini.Oleh kerana terikat dgn tugasan yg tidak pernah reda, maka saya bercuti lama dari menulis. Alhaamdullilah, selepas 2 bulan dan beberapa program dan beberapa PRK telah dan akan berlangsung hujung minggu ini. Mula2 di Tenang, kemudian di Merlimau dan Kerdau serentak. Lelah merayu undi PRK yg lepas masih terasa, muncul pula yg baru. Walaupun sekejap, dpt juga saya kr Merlimau membantu jentera Selangor dalam tugasan yg biasa di lakukan Muslimat. Alhamdullilah, kami buat yg termampu dan yg lain kami berserah hanya pada Nya. Insyallah, apa yg akan berlaku adalah ketentuan Allah swt.
Walaupun sibuk dgn PRK, kami di Selangor juga sibuk dgn menjelangnya sambutan 3 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Alhamdullilah. Walaupun masih mentah dalam pentadbiran Negeri, kami tetap berusaha yg terbaik. Muga apa yang baik yg di laksanakan di permudahkan oleh Allah swt.
Pada Febuari lepas, saya menganjurkan beberapa program bersempena Maulidurasul. Kami bermula dgn perarakan di Stadium BBST dgn penyertaan dari beberapa Taman/Surau dan NGO sekitar BBST. Kehadiran sangat menggalakan dan saya sgt bersyukur dgn komitmen yg di tunjukkan oleh AJK Program dan AJK JPP saya. Alhamdullilah dengan sokongan yg jitu maka saya rasa bahawa program ini berjaya.
Beberapa pertandingan di anjurkan bermula 15hb di stadium. Di ikuti dgn Pertandingan Hafazan, Bercerita dan deklamasi sajak. Kemuncaknya adalah Forun pada 19hb Feb di Masjid Sultan Hisamuddin, BBST.

Monday, December 27, 2010

2010

Salam Perjuangan.,
Tirai 2010 sudah hampir berlabuh.2011 hampir membuka lembaran baru dan perjuangan perlu di teruskan.Tahun depan memang ada ura2 yang PRU akan di adakan dan saya sendiri berdebar2 menunggu pembubaran Parlimen. Bukan tidak biasa menghadapinya tetapi belum pernah menghadapi PRU apabila dalam kerajaan. Sudah 2 kali PRU yang saya terlibat secara aktif dan insyallah PRU ke 13 adalah ketiga. Rasa beban tanggungjawab lebih di bahu ini dan timbul perasaan yang tidak dapat di terjemahkan. Takut, risau, teruja, semua ada dan saya doakan agar saya istiqomqh dalam perjuangan. Sesungguhnya kita akan di tanya kelak tentang tugas kita di dunia. Apakah yang kita buat untuk menegkan Islam???Atau kita antara yang peluk tubuh dan tidak campur dalam urusan politik?? Kadang2 sedih tengok Ustaz yang keliru dgn politik. Kononya tidak boleh bincang politik dalam masjid/surau. Kadang2 ingin saya tanya Ustaz2 ini, apakah sudah layak bergelar Ustaz jika takut dgn cemuhan sesetengah pihak?? Tidakkah layak anda di hormati dan di gelar Ustaz tetapi takut untuk memperjuangkan Islam??
Adakah Islam ini tidak sesuai di zaman ini?? Bukankah Rasullulah adalah seorang Tokoh Politik yang hebat?? Tidakkah Rasullulah berbincang siasah dalam masjid??
Bangunlah hai Ustaz2. Tidak takut kah di tanya kelak tentang peranan anda yang menyusahkan agama Allah swt??
Tengoklah sekeliling anda, dan buka lah mata hati. Untuk berjaya dalam perjuangan mesti ada pengorbanan. Mungkin Ustaz takut mengorbankan jawatan Ustaz ya??
Semuga Allah swt membantu kami untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia ini dan dengan itu maka semua kaum, agama dan bangsa akan hidup dengan penuh keharmonian,insyallah.

Saturday, October 23, 2010

Kesyukuran

Salam....
Sudah lama tiada berkesempatan untuk berkongsi berita.Ramadan datang dan berlalu.Tirai syawal pun sudah berlabuh.Lambaian Haji pula berkunjung. Hari ini saya ucapkan selamat jalan kepada sahabat Tuan Hj Jamal Awang yang membawa isteri tercinta menunaikan rukun Islam ke lima. Semuga mereka berdua selamat pergi dan kembali dan di anugerahkan Haji yang mabrur...insyallah. Tidak lupa juga mendoakan anak-anak yang di tinggalkan.
Hari ini adalah antara hari yang penuh nikmat apabila Allah swt memberi rezeki kepada anak tersayang Mohd Hafiz dan isteri Juju yang bakal menimang cahaya mata yang pertama, insyallah pada bulan Jun depan bersamaan dengan ulang tahun perkahwinan yang pertama. Semuga Allah swt memberi kesihatan kepada Juju dan selamat melahirkan...Amin.
Saya juga telah di kurniakan cucu lelaki yang ke-tiga oleh anak sulung tersayang pada September lepas. Alhamdullilah Muhammad selamat di lahirkan melalui pembedahan dan sekarang hampir ke tiga bulan.
Terlalu banyak kurniaanNya dan sebagai hambaNya, kita mesti selalu bersyukur. Bukan sahaja apabila senang tetapi juga apabila di duga agar kita tidak putus harap pada yang Esa.
Kalau di hitung, sungguh rasa bertuah walaupun diri ini tidak sunyi dari dugaan yang kunjung.

Sunday, August 22, 2010

Salam Ramadan (2)

Alhamdulliah...sudah 12 hari berpuasa.Cuaca sudah berubah dari hujan pada petang hari ke panas terik. Mungkin ini rahmat bagi peniaga bazar Ramadan yang ada di mana2. Dapat juga orang ramai menikmati pelbagai juadah yang mungkin susah di dapati pada hari lain. Antara program yang sudah saya bersama menganjurkan adalah Taddarus Al Quran di mana sudah masuk tahun ke 3, Alhamdullilah. Atas perbincangan yg mendalam ,para AJK program bersetuju untuk tidak mengadakan apa2 saguhati memandangkan kami di serang dgn pelbagai tomahan kerana beberapa pekara yg tidak dpt di elakkan. Tetapi pada saya, mesti ada hikmah di sebaliknya. Pada permulaan program, pihak penganjur mengumumkan bahawa tahun ini tiada di adakan saguhati. Ramai yg setuju dan tetap datang bertaddarus, Alhamdullilah. Tetapi terdengar juga kata2 yg tidak enak di lontarkan spt "buat apa pergi taddarus tak dapat apa2,baik join ustazah ........ dapat juga sehelai kain batik" Astagfirullah...itu saja mampu saya lafazkan. Rupa2nya ada juga datang bertaddarus untuk dpt sesuatu. Jadi itu shj lah yg dia dapat. Nauzubillah....Jadi hamba Allah itu tidak menyertai program yg kami anjurkan. Kesian dia sebab Allah swt tidak pilih dia untuk bersama2 kami.
Walaupun pihak AJK tidak mohon wang peruntukan untuk program ini tapi ada hamba Allah yg sudi taja sedikit sumbangan,insyallah. Inilah yg di namakan rezeki, dan percayalah...hanya Allah swt boleh tentukan rezeki kita.
Dalam bulan penuh rahmat ini mari lah kita sama2 rebut peluang untuk membaiki diri dan buat yg terbaik kerana sesungguhnya kita tidak pasti akan bertemu atau tidak Ramadan yg akan datang. Jadi saya menyeru diri saya dan sesiapa shj.,marilah kita menginsafi diri dan mohon agar kita sentiasa berada di jalan yg di redaiNya.
Dan saya akhiri dengan Firman Allah swt Surah At Tahrim ayat 8 yang bermaksud
"Hai orang2 yg beriman bertaubatlah kpd Allah dgn taubat yg sebenar2nya, mudah2an tuhan kamu akan menutupi kesalahan2 kamu dan memasukkan kamu dalam syurga yang di bawahnya mengalir sungai2"

Wednesday, August 18, 2010

DUGAAN

Salam Ramadan.,
Alhamdullilah ....berkat berada dalam bulan yg mulia ini, saya jadi lebih kuat menghadapai dugaan dan tekanan. Saya bersyukur walaupun di duga tapi saya tetap berasa tenang dan masih kuat untuk meneruskan perjuangan ini.Kadang2 dugaan dtg tanpa di undang dan hanya Allah tempat mengadu. Saya adalah seorang yg sgt mudah bergaul tapi sangat susah untuk berkongsi masaalah. Saya memang bersedia untuk jadi teman untuk mendengar tetapi saya susah untuk bercerita. Mungkin sebab pernah melalui saat2 pedih suatu ketika dahulu, terbawa2 hingga sekarang.
Walaubagaimana pun ,saya adalah seorang yg sgt bersyukur atas segala nikmat dan dugaan yg Allah swt beri kpd diri ini. Tiap2 hari saya bersyukur keatas kehadiran seorang suami di sisi, ibubapa yg selalu menyokong perjuangan saya ,anak2 yg menyayangi saya dan juga sahabat dan teman2 seperjuangan yg bersama2 saya. Pada dewasa ini, saya rasa kita di serang dgn pelbagai ujian dan tekanan kerana kita sering lupa untuk bersyukur. Mulai hari ini, marilah kita bersama2 bersyukur atas apa yg ada, walaupun tidak seberapa. Hidup ini terlalu singkat untuk berkeluh kesah. Buatlah yg terbaik hari ini supaya esok tidak mendatangkan sesalan.
Wallahualam